Wednesday 4 July 2012

PERKAHWINAN IRMA HASMIE YANG SWEET :)

assalam dan selamat hari nisfu syaaban, semoga  amalan kita pada tahun lalu diterima oleh Allah dan yang penting, marilah kita sama-sama menanamkan azam untuk ke arah kebaikan sempena pembukaan buku baru..

alhamdulillah, semakin rancak kini..ramai golongan artis mula memakai tudung..
ini merupakan satu petanda baik bagi industri muzik dan lakonan di Malaysia..
selalunya, remaja menjadikan artis sebagai idola mereka..
tindak ketinggalan diri saya sendiri..
sangat mengkagumi IRMA HASMIE..
beliau sangat tabah menghadapi satu dugaan demi dugaan.
dan beliau tidak pernah memburuk-burukkan lelaki-lelaki yang pernah singgah di hatinya (farid kamil, nabil raja lawak)..

alhamdulillah, kini  beliau bergelar isteri sah kepada Redza Syah Azmeer :)



Bila seorang wanita berhenti mencari cinta lelaki dan memberikan sepenuhnya cintanya kepada Allah, nescaya Allah akan berikan lelaki yang terbaik untuk menjaganya :) 

suka sangat tudung irma hasmie.. menutup bahagian yang perlu ditutup..selalunya baju pengantin mesti ketat dibahagian dada.. syabas irma hasmie :)


terharu tengok video pernikahan irma dan suami...tenang sahaja raut wajah suami irma tatkala melafazkan akad nikah :) sangat sweet majlis pernikahan mereka. 

dan sejak Irma berhijrah untuk berhijab, banyak rezeki datang dan melimpah ruah :) , semoga Irma akan terus dilimpahi rahmat oleh Allah s.w.t :) 

 

Allah S.W.T berfirman:

"Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar, Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu" (Ath-Thalaaq 65:2-3)


saya sangat berpegang pada surah An-Nur ayat ke 26 :

Allah S.W.T berfirman:

“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” 

Jadi, bagaimana ingin mendapatkan lelaki yang baik? perlulah menjadi wanita yang baik dulu.. 


"
Finding the right man for marriage
is the second challenge.
The first challenge is to be the right woman
that a right man wants to marry."


mari berpuasa esok :)

sekian :)


 

Monday 2 July 2012

ADA APA DENGAN UiTM?


huhu..ada apa dengan UiTM?.saya merupakan bekas pelajar UiTM Shah Alam.. :)

ceritanya begini, beberapa minggu lepas maz balik rumah lepas kelas memandu..alhamdulillah dah dapat lesen P :) dah boleh memandu la kononnya.tapi jujur saya masih lagi takut2x nak bawak..huhu..ok berbalik pada tajuk diatas.. sewaktu dalam bas naik klang-banting..yang duduk sebelah saya ni seorang pakcik..pakcik ni ajak-ajak la borak..ikuti dialog seterusnya

 
KES PERTAMA
pakcik : dari mana ni nak?
saya : pakcik,saya dari shah alam nih..baru balik dari kelas memandu..
pakcik : owh..belajar kat UiTM ker?
saya : pakcik, haah.. ( dengan gembiranya-UiTM dihatiku)
pakcik : owh, dulu ko sekolah MRSM mane?
saya : saya sekolah biasa je pakcik... :)
pakcik : result SPM ko berapa A?
saya : *A
pakcik :ni mesti result PMR ko teruk erk?cemana ko boleh dapat *A kalau sekolah biasa?
saya : result PMR saya *A pakcik... saya memang xapply mana-mana sekolah berasrama penuh..sebab saya xsuka duduk asrama..hehe

* OK, nampak x? kenapa orang selalu berpandangan begitu pada pelajar dari sekolah biasa terutama dikawasan kampung?tapi xdinafikan..sekolah berasrama penuh..bagus :) huhu 
KES KEDUA
pakcik : blaja kat U mane?
saya : UiTM pakcik... :) (UiTM dihatiku)
pakcik : la, pandai-pandai masuk UiTM jerk?
saya : kenapa pakcik?ramai je kawan saya yg dpt result cantik2x masuk UiTM...
pakcik : UiTM , kelas kedua..la ingat belajar kat UM ke UKM..

*OK, kenapa org memandang UiTM sebagai Universiti kelas kedua?
KES KETIGA
kawan : CGPA ko berape mazni?
saya : 3.** ..
kawan : ala, kosenang la UiTM...

*OK, ok fine.. saya xsalahkan sesiapa pun..disebabkan berfikiran begitu..mungkin disebabkan pemikiran sekeliling menyebabkan pakcik-pakcik berfikiran begitu..setiap org bebas mengeluarkan pandangan masing-masing

baiklah, sejujurnya saya masuk UiTM sebab dekat dengan rumah saya ..dan yuran yang murah dan semua family saya adalah pelajar UiTM,. :)

bagi pandangan saya, xkisah la dimana pun kita belajar selagi U tu memenuhi LAN (lembaga akreditasi negara) .maka boleh la belajar kat situ.. :) usah peduli ranking universiti..jgn salahkan universiti bila result xgempak.. jgn salahkan sekolah atau cikgu kalau result teruk.. andaipun kita belajar kat sekolah berasrama penuh..tapi malas nak belajar dapat ke result baik? segalanya bergantung pada diri sendiri terutama bila belajar di universiti..kat sekolah cikgu bagi kita byk kerja sekolah, trial itu inilah..kat universiti ni semua bergantung pada diri sendiri ok :)

be proud of our university :)!!!!! UiTM dihatiku.. :)
wahai warga UiTM...mari kita bersaing sesama kita ..menaikkan nama UiTM.. :) peduli apa pun org kata tentang UiTM :) jangan melayu lawan melayu :)

org melihat kita dengan ilmu yg kita ada. :)

PENGALAMAN COURSEWORK



Assalam dan selamat pagi, hari ni jenni nak kongsikan pengalaman jenni sebagai pelajar sarjana kimia (coursework) di ukm, Selangor berdasarkan permintaan beberapa junior yang baru sahaja atau sedang menduduki peperiksaan akhir semester. Masing-masing tercari-cari hala tuju selepas tamat belajar nanti.

Ada yang memilih untuk sambung belajar dan ada juga yang memilih untuk bekerja. Syabas diucapkan kepada adik2x sekalian kerana telah pun membuat pilihan yang bersesuaian dengan keadaan adik adik semua.

Entri sebelum ni, jenni ada menceritakan mengenai perbezaan antara master coursework and research.
Kali ini jenni akan menceritakan pengalaman jenni sebagai pelajar master jurusan coursework. (Jenni belum siap thesis dan lab work lagi L)

Masa mula-mula jenni membuat keputusan untuk memilih coursework kimia, dalam fikiran jenni, coursework mesti senang..ala macam degree ada fyp.. senang2x dalam setahun dapat master..itu la fikiran jenni pada mula2xnya ditambah pula jadual waktu yang lebih lapang daripada zaman degree, siap jenni rancang nak jadi tutor dan demonstrator lab.

Xpercaya? Di bawah ni jadual jenni..

DAY
9.00-11.00
11.00-1.00
2.30-4.30
3.00-7.00
4.00-6.00
MON
STKK6313
Inorganic reaction mechanism
STKK6513
Organic Synthesis


Mandarin class
(pemahaman)
TUES
STKK6113
Quantum chemistry

STKK 6142
electrochemistry


WED




Mandarin class
(lisan)
THURS






FRI
STKK6713
Principle of analytical and instrumentation design
STKK6972
Research project 1

STPD 6014
Research methodology


Yang mandarin tu xwajib, Jenni sengaja ambil sebab suka belajar bahasa mandarin..tambah pengetahuan..

Nampak lapang kan? Tapi xsemudah itu..xseperti yang jenni fikir,
Coursework xsemudah itu… L

Banyak subjek, banyak assignment, dan perlu masuk lab, buat thesis…
Setiap subjek..akan ada dua lecturer, sorang lecturer akan mengajar pada awal sem sehingga cuti mid sem, dan disambung lecturer yang lain selepas cuti semester. Dan setiap lecturer kebiasaannya akan beri 3 assignment maximum.. baiklah mari kita mengira..

3 (assignment + mid term) X 2 (lecturers) = 6 assigment
6 (assignment) X 5 (subjek)                       = 30 assignment
X termasuk proposal , term paper, presentation dan lain lain..

Assignment peringkat master bukan macam degree bagi soalan jawab, xsemudah itu,,..perlu rujuk journal, buku buku tebal dan sebagainya.

Entri ni diadakan bukanlah untuk melemahkan semangat adik-adik, tetapi ingin menyeru adik2x untuk lebih bersedia dari sudut mental dan fizikal..nama pun setahun, jadi perlu struggle lebih untuk kejayaan di masa hadapan J

 Ada yang tanya, berkualiti ke ambil master by coursework?
Berbaloi atau tidak, bergantung pada diri kita sendiri…kalau buat assignment copy paste, meniru assignment orang lain memang la xdapat apa2x.. peringkat sarjana ni , lebih kepada belajar sendiri. Kalau ambil research pun, sekiranya tiada usaha nak tambah ilmu pun tidak berguna..apa pun bergantung pada kita okay J

Walaupun melalui waktu-waktu getir sepanjang mengikuti pengajian coursework ni, banyak perkara positif yang dipupuk dalam diri ini, antaranya,,
          1) Belajar secara group                                                                  
          2) Belajar lebih berdikari
          3) Jumpa dengan rakan dari pelbagai status dan umur  
          4) Lebih sungguh2x dalam melakukan sesuatu pekerjaan
          5)Meningkatkan keyakinan diri ( selalu sangat presentation)

Dan banyak lagi..

classmate tercinta :)

segala keputusan di tangan adik2x semua, jujur walaupun tension dengan assignment, tapi sangat enjoy melalui zaman-zaman study coursework ni,, ditambah pula dengan rakan-rakan yang baik dan saling bantu-membantu..kami sangat bersatu hati dalam melakukan apa -apa pekerjaan yang memerlukan kami bersama-sama...
  :)

sekian :)

APA PLAN SELEPAS DEGREE?





huhu.. rasa-rasanya macam terlalu awal pulak kan memikirkan tentang apa nak buat selepas habis degree nih..baru je lepas settle semua hardbound la, sticker cd la, exam la, presentation thesis la...aigoo..kepenatan..tapi itu tidak bermakna..tak boleh buat perancangan selepas degree kan?
ada dua jalan...
1) sambung belajar sama ada coursework atau research ( kalau saya ,saya minat coursework,hehe)

2) kerja..kumpul duit utk kahwin..eh..bukan, kahwin je..balas jasa mak ayah dulu..bagi kesenangan kat mereka :)

antara kedua ni, saya prefer sambung belajar...tapi, apa pun depend pada individu..saya xkire..walaupun saya xde duit simpanan yang byk nak sambung master, tapi saya nak jugak sambung..insyaallah, saya berpegang pada konsep, Allah akan membantu umatnya,sekiranya umat nya melakukan sesuatu dijalan Allah... :)
cuma yang saya keliru adalah, nak ambil coursework atau research? aigoo..pening2x..

KEBAIKAN RESEARCH :
1) Lebih fokus pada satu benda..maknanye..dah ada jalan..contohnya ambil polymer...so, selepas ini study polymer
2) masa yang lebih flexible.

KELEMAHAN RESEARCH;
1) masa yang xmenentu
2) hanya sesuai utk org yg berdisiplin
ala..semua kelemahan ni,anda boleh baiki,jadilah insan yang lebih berdisiplin ok?

KEBAIKAN COURSEWORK;
1) sekejap je study (kalau xfail paper)
2) belajar mcm 2x.. scope lebih luas..


KELEMAHAN COURSEWORK:
1) lebih general
2) kene duduki exam..and byk assignment!!
hahaa... susah kan nak pilih?


coursework pun masih perlu masuk lab, buat final year project...tapi xperlu publish journal.... 

apepun...depend pada individu juga...if xsuka lab..xmo lah ambil research,if xnak ambil exam., jgn la ambil coursework :)

tapi jenni ambil coursework :)

p/s- sebenarnya ni post mula-mula jenni buat sebelum sambung master… selepas ni , nantikan.. jenni akan update pengalaman belajar coursework di ukm pulak ye J

KISAH SEEKOR ANAK BURUNG



Hi, assalam semua…apa khabar?. Seperti biasa hari ini Jenni akan berkongsi slot motivasi yang sempat Jenni salin pagi ini (3bulan lepas) menerusi slot motivasi pagi ikim fm. tapi Jenni minta maaf terlebih dahulu kerana Jenni tak mampu nak salin bulat-bulat, yang hanya Jenni terdaya ambil isi-isi pentingnya dan Jenni olah dengan gaya Jenni yang tersendiri. Maaf andai gaya bahasa yang Jenni pakai kurang menarik kerana Jenni masih lagi dalam proses pembelajaran untuk menulis dengan baik. Sebarang teguran dan kritikan membina, Jenni dahulukan dengan ucapan terima kasih.J

Tajuk pada hari ini adalah cukup menarik. Ia seolah-olah memberi semangat baru pada Jenni untuk lebih berusaha menggapai cinta-cita Jenni. Ramai orang ingin berjaya, tapi terlalu takut untuk menempuh risiko dalam kehidupan lalu membiarkan dirinya sendiri berada dalam takuk yang sama iaitu serba mundur dan kurang berjaya berbanding orang lain. Hidup ini merupakan pilihan ye rakan-rakan, sama ada mahu berjaya atau tidak bergantung pada pilihan kita bukan ditangan orang lain.

Mari kita sama-sama menghayati kisah seekor anak burung. 

Terdapat sekumpulan anak burung, semua anak burung sibuk belajar terbang ke sana ke mari kecuali seekor anak burung ini. Dikalangan adik beradiknya semua belajar terbang dari satu dahan ke satu dahan kecuali anak burung itu kerana dia terlalu takut andai dia akan jatuh dan menyebabkan kecederaan. Hidupnya sepenuhnya bergantung pada belas kasihan ibu dan adik-beradiknya.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, emak burung itu sudah pun tua manakala adik-beradiknya yang lain sudah mampu terbang jauh ke langit. sayap burung itu kaku ekoran tidak pernah digunakan untuk terbang. Hal ini menimbulkan rasa sedih di hati anak burung tersebut. Lalu anak burung tersebut meluahkan isi hatinya kepada ibunya.

Anak burung : ibu, kenapa saya tidak boleh terbang seperti adik beradik yang lain?

Emak burung : wahai anakku, sebenarnya kamu boleh terbang seperti adik beradik mu yang lain Cuma kamu yang tidak mahu memilih untuk terbang. Sedangkan kamu dilahirkan sempurna sama seperti adik beradik mu yang lain. Tetapi sedari kamu kecil, kamu terlalu takut untuk belajar terbang. Ini lah yang menyebabkan kepak kamu kecil dan tidak mengembang.

anak burung itu menyedari kesilapannya yang terlalu takut untuk terbang. 

Baiklah, rakan-rakan sekalian …
Apa yang rakan-rakan boleh rumuskan pengajaran disebalik kisah anak burung ini?

Hidup ini adalah pilihan. Kitalah yang berhak memilih sama ada untuk bahagia atau tidak bahagia, maju atau mundur, segalanya ditangan kita. Lihat sahaja anak burung itu, oleh kerana dia terlalu bergantung hidup pada emaknya dan terlalu takut untuk belajar terbang dari satu dahan ke dahan lain menyebabkan dia tidak boleh terbang. Begitu jugalah dengan kehidupan kita rakan-rakan, adakalanya kita terlalu mengecilkan diri kita, rendah diri tidak bertempat, berjiwa kecil sehingga menjadikan kita tidak maju atau berada di puncak kejayaan. Kejayaan itu tidak datang bergolek tapi harus disusuli dengan momentum usaha yang tinggi. Hidup ini merupakan pilihan rakan-rakan sekalian, jika kita memilih untuk merendah diri, tidak mahu berusaha maka tidak hairan lah kita masih lagi berada di takuk yang sama.

mari kita meneladani. Ludwig Von Beethoven, beliau merupakan salah seorang komposer terkenal dalam sejarah dunia. sepanjang menjalani karier sebagai komposer, beliau   telah kehilangan pendengaran, namun begitu, Beethoven tidak menjadikan dirinya eksklusif, beliau juga membuktikan meskipun beliau tidak mempunyai pendengaran tapi beliau masih mampu menghasilkan muzik yang indah sehingga menjadi tokoh muzik yang terkenal di dunia.


sekian :)

Friday 25 May 2012

FACEBOOK BUKAN TEMPAT NAK CERITA SEGALANYA


Assalam, kali ni entri maz bertajuk facebook bukan tempat bercerita segala-galanya..baru –baru ni maz ade terbaca post salah seorang rakan FB maz yang boleh dikatakan agak kurang ajar dan menjatuhkan maruah keluarga J .maz cuba nasihatkan dia menggunakan cara yg sgt halus tetapi dia tidak endahkan nasihat maz, malah die unfriend pula dengan maz. Tak apelah..mungkin dia ada sebab yg tersendiri J berbaiklah sangka kita sesame manusia…tiada apa yg rugi J

KES PERTAMA

“Nama saya ****** .ayah saya ************* merupakan*************
Ayah saya cakap saya BODOH..sebab tak sambung belajar **********
Ayah saya cakap saya ANAK KURANG AJAR sebab***************
Ayah saya cakap saya TEK RETI BERSYUKUR sebab******************”

Bila saya amati apa yg ditulis oleh rakan FB saya..saya agak terkejut..bagaimana seorang anak boleh memburukkan keluarga dikhalayak ramai secara umum (FB)? jadi saya cuba untuk meletakkan diri saya pada kawan saya..

Mengenalinya sebagai seorang yang sangat baik..sanggup menolong orang..dan boleh kata sgt selesa apabila berkawan dgn dia..saya cuba baca old post dia..semua menunjukkan yang dia sememangnya mempunyai masalah keluarga..dan sebanyak 8/10 post die berbaur kesedihan..
Dilahirkan dengan keluarga yang cukup segala-galanya..harta,nama..menuntut dia tampak sempurna sedangkan dia insan biasa..yang punya kelemahan juga L. Ini memberi pengajaran pada saya, kekayaan tidak mampu membeli kebahagiaan.

Ya, saya simpati dgn nasib yang dialaminya..namun begitu saya kurang bersetuju dgn post2x dia yang saya ibaratkan cukup menjatuhkan maruah keluarga dan dirinya sendiri..andai kata dia terbaca post ni, saya berharap agar dia berfikir semula tentang apa yg telah dilakukannya..
Seburuk mana pun,sejahat mana pun ibu bapa kita .jangan kita hilang hormat pada mereka..banyakkanlah berdoa..berdoa dan berdoa..sesungguhnya allah itu maha mendengar doa hamba-hambanya yang teranayai.. L


KES KEDUA

Sekarang ni kecoh dgn putus tunang antara penjaga bola sepak Negara dan elia tunangnya.. tidak pasti lah apa puncanya ,namun membaca post elia di FB seolah-olah menjatuhkan maruah tunangnya.
Tidak kisah sebenarnya anda nak post apa pun di facebook,mahupun anda sedang lapar ke,sedih ke,marah ke..asalkan jangan mengaibkan orang lain.. bukankah itu seolah-olah menunjukkan yg mungkin di masa akan datang anda tidak pandai menjaga maruah bakal suami anda?

Jadi diharap semua kes diatas dijadikan pengajaran buat kita..sebelum melakukan sesuatu..fikir 2kali..mungkin lebih baik..fikir 10 kali..keburukan dan kebaikan sesuatu tindakan..”jangan sudah terhantuk baru nak mengadah “( xpasti peribahasa ni,tolong betulkan J )

Sekian J

SUDAH BERPUNYA?

assalam, rasa dah terlalu lama tidak menulis di blog..hal ini kerana terlalu sibuk dengan assignment, mid term dan lain-lain....

dan sepanjang masa ini, banyak pula jenni menerima undangan perkahwinan.......
maka seperti biasa, banyak la pula reporters datang tanya bila jenni nak kahwin ?
Jenni penat nak jawab semua soalan begini..
jadi Jenni sediakan jawapan siap2x.. :)

mengapa Jenni xkahwin lagi?
1) Jenni baru 23tahun...
2) Jenni belum jumpa org yg sesuai..
3) Jenni masih lagi dalam proses' mempersiapkan diri'

selepas tu , ada yang bertanya... apa ciri-ciri lelaki idaman Jenni?

huhu..
Susah nak jawab..tapi Jenni gurau..
LEE MIN HO versi IMAM MUDA ada x?
:P

jenni xpinta lebih pun..
jenni cuma berharap lelaki itu dapat membimbing jenni,..ke arah kebaikan..
maaf, kalau ajak untuk couple...jenni tolak awal2x..
jenni harap lelaki itu dah ada sediakan plan untuk kehidupan
xrela la dijadikan bahan percubaan
rasa sesuai teruskan hbgn..rasa x clash..
cukup la sekali...
Jenni xnak melakukan kesilapan yang sama

Jenni mengharapkan perhubungan yang halal disisi Allah
sungguh Jenni bukannya baik sangat..
tapi Jenni inginkan kepada kebaikan..

harap dijodohkan dengan lelaki yang baik :)




Friday 24 February 2012

"YANG TIDAK BAIK TIDAK SEMESTINYA TIDAK BAIK" DAN "YANG BAIK TIDAK SEMESTINYA BAIK"

Assalam semua, hari ni Jenni ingin berkongsi satu cerita yang Jenni rasa rakan-rakan sekalian pernah membacanya sama ada di ruang akhbar ataupun lain-lain. Hari ni Jenni focus pada tajuk ‘yang tidak baik itu tidak semestinya tidak baik dan yang baik itu tidak semestinya baik’. Apabila di timpa musibah kita sering kali memandang dari sudut negatifnya. Jarang sekali kita memikirkan hikmah disebalik apa yang berlaku.


Ada sesetengah ibu bapa sering mengeluh apabila dikurniakan anak yang serba kekurangan daripada anak orang lain. Seharusnya, kekurangan yang dikurniakan oleh Allah jangan kita tangisi dan mengeluh kerana pasti ada kelebihan dan hikmah disebalik apa yang terjadi.
Masa kita sama-sama menyelami kisah yang sarat dengan pengajaran ini.


Pada zaman dahulu kala, di sebuah kampung terdapat seorang pak cik yang teramatlah miskin. Sudahlah miskin, isterinya pula sudah lama meninggal dunia. Hartanya cuma seorang anak lelaki dan seekor lembu betina.
Benarlah kata bidalan, Langit  tak selalunya cerah. Pada suatu hari, satu-satunya kuda kepunyaan  pak cik itu hilang entah kemana. Mendengar khabar berita itu, seluruh penduduk kampung mengucapkan takziah kepada pakcik. Tapi pakcik membalasnya dengan senyuman;

“Tidak semua yang tidak baik, itu tidak baik
Dan Tidak semua yang baik itu baik”

Disebabkan tidak memahami kata-kata pak cik  itu, orang kampung pun pulang ke rumah masing-masing.

Keesokkan harinya, kuda pak cik yang hilang itu telah pulang ke kandangnya. Yang lebih memeranjatkan lagi, sebanyak lima ekor kuda jantan mengikuti kuda betina pak cik itu. Semua penduduk kampung mengucapkan tahniah atas tuah yang menimpa pak cik. Namun pak cik itu, membalas;

“Tidak semua yang baik ,itu baik
Tidak semua yang tidak baik itu tak baik.”

Hari berganti hari, anak tunggal pak cik yang bernama Ali melatih kuda untuk dijinakkan. Namun malang tidak berbau, salah seekor kuda menendang kaki Ali sehingga menyebabkan kakinya cacat.  Semua penduduk melahirkan rasa simpati kepada pak cik. Namun, pak cik masih lagi  mengatakan.

“yang tidak baik, tidak semestinya tidak baik
Yang baik ,tidak semestinya baik”

Setelah beberapa bulan kemudian,kerajaan mengarahkan semua anak muda di kampung itu melaporkan diri untuk menjadi tentera. Kerahan tenaga telah dilakukan pada seluruh anak muda di kampung itu,oleh kerana Ali cacat, dia dikecualikan daripada menyertai peperangan. Ditakdirkan pada peperangan itu seluruh tentera kalah dan mati. Tinggallah Ali satu-satunya lelaki muda dikampung itu.


Di dalam kampung tersebut, terdapat seorang anak gadis daripada keturunan yang kaya yang sedang mencari calon suami. Oleh kerana hanya Ali merupakan satu-satunya lelaki dikampung itu, maka anak dara itu berkahwin dengan Ali yang cacat anggota. Alangkah bertuahnya pakcik itu kerana bermenantukan orang kaya.

Rakan-rakan sekalian, lihat sahaja kan? “tidak semua yang tidak baik itu, tidak baik” dan “tidak semua yang baik, itu baik”. Dari segi konteks ibu bapa yang mungkin mempunyai anak yang serba kekurangan janganlah menangisi kekurangan anak anda kerana disebalik kekurangan itu pasti ada kelebihan dan hikmah disebalik apa yang terjadi. Berdasarkan cerita diatas pada permulaannya, rakan-rakan semua pasti melahirkan rasa simpati kepada pemuda yang cacat itu, tapi lihat di pengakhiran ceritanya, oleh kerana dia cacat, pemuda itu tidak perlu menyertai peperangan dan tidak pula menjadi mangsa korban dalam peperangan. Malah,pak cik itu yang dulu hidupnya dibelenggu dengan masalah kemiskinan kini sudah bermenantukan orang kaya.


Dalam konteks lain pula, janganlah kita selalu merendahkan diri kita, memang rendah diri itu dituntut dalam agama tapi janganlah sehinggakan kita seolah-olah tidak mensyukuri pemberian Allah. Sebagai contoh “ kenapala aku ni gemuk dan tak cantik, lihat saja pada si X tu, cantik ramai sangat peminat” :(. Ingatlah rakan-rakan sekalian, ujian Allah itu boleh jadi dalam bentuk kesenangan dan kesusahan. Apabila susah kita akan lebih ingat Allah berbanding kita senang. Barangkali bila kita cantik, timbul ujub, riak dan mendedahkan aurat dan boleh jadi apabila kita kurang cantik timbul pula perasaan iri hati, tidak bersyukur malah ada juga yang melakukan pembedahan plastik semata-mata untuk kelihatan cantik. Nauzubillah, moga kita tidak tergolong dalam golongan seperti yang telah saya sebutkan tadi. Sentiasalah mensyukuri apa pun pemberian Allah kerana Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.


Ambillah pengajaran disebalik cerita ini. :)


p/s- maaf ya rakan-rakan andai gaya penulisan Jenni tidak berapa baik. Jenni tidak mampu nak salin bulat-bulat apa yang Jenni dengar (menerusi IKIM.FM-SLOT MOTIVASI PAGI) sebab Jenni memang bukan orang yang boleh menyalin dengan laju tapi Jenni ambil isi-isi penting dan Jenni olah dengan gaya tersendiri. Segala teguran dan kritikan membina Jenni sangat alu-alukan untuk pembaikan pada masa hadapan. Jenni masih baru lagi dalam dunia blogging ni, dan Jenni akui penulisan Jenni masih lagi perlukan kemajuan. Semoga kita dapat sama-sama berkongsi perkara-perkara yang baik.


InsyaAllah

Terima kasih :)


Jenni :)











Monday 20 February 2012

SEHARI DI MPH :)


Assalam, apa khabar semua? Hari ni Jenni nak kongsi serba sedikit dengan aktiviti Jenni pada Ahad lepas. Lepas subuh je Jenni terus kemas barang untuk check in kolej. Huh, sekejap je rasanya cuti sem ni. Cuti Jenni selama sebulan sebenarnya. Tapi nak tak nak terpaksa rela balik awal dua minggu sebab nak masuk lab..huhu..x mengapalah, pengorbanan dalam menuntut ilmu.

Jadi sebaik saja dah kemas barang kat kolej, Jenni terus keluar pergi mines sebab nak pergi kedai buku untuk menghabiskan voucher satu Malaysia. Tapi yang sedihnya, kedai buku kat mines dah tutup. Selepas itu, terus je Jenni pergi MPH Putrajaya.

Datang je MPH, memang tersangatlah ramai orang dalam MPH. Barisan ke kaunter je berjela-jela. Jenni memang dah list siap-siap buku apa yang nak di beli tapi semua tiada. Salah satu novel yang Jenni nak beli tapi tiada stok ialah ‘langsir biji remia’ karya Noor Suraya tak silap. Jenni dah baca review mengenai novel langsir biji remia ni. Memang menarik inipati novel ni. Kalau ada rakan-rakan yang ada novel ni, boleh la Jenni pinjam. :P

Memang rambang mata nak pilih buku, kadang-kadang hati ni nakal sikit. Berangan pulakkan..hehe.. kan best kalau dapat voucher RM 2000 :P.syukur Jenni, syukur.. J . RM 200 voucher ni, Jenni guna separuh untuk beli alat tulis dan separuh untuk buku. Jenni tak guna pun voucher ni untuk beli buku teks bukan sebab apa, kebanyakan buku Jenni selalunya fotokopi sahaja. Dengan berbekalkan voucher RM100 Jenni dapat beli 4 buah buku. Semua buku berbentuk motivasi. Jenni sebenarnya bukan kaki novel, teringin jugak nak beli novel tapi sebab tak dapat novel langsir biji remia terus tiada mood nak beli novel. 




Buku-buku yang Jenni dah beli… 





Dan ini pula barang-barang yang Jenni beli dengan voucher RM 200. Nampak sikit kan? Huhu..






Pen pelbagai warna.. hehe..tiada voucher tiadanya nak beli pen banyak warna ni.. :). Tapi kan, bila kita gunakan banyak warna dalam buat nota boleh menguatkan daya ingatan. 





Nite semua.. J
Jom membaca! J

JANGAN BERSEDIH MENGHADAPI MASALAH :)

Assalam,apa khabar semua? Hari ini Jenni nak kongsi dengan sahabat semua satu kisah motivasi. Kisah motivasi ini yang Jenni sempat salin sementara tunggu KTM ke UKM isnin lepas.

Kehidupan kita memang tak lari dari dibendung masalah-masalah, sama ada masalah kewangan, masalah perhubungan dan pelbagai masalah yang lain-lain. Ironinya, kebanyakan kita lebih memikirkan masalah daripada cuba mencari jalan penyelesaiannya.

Berikut merupakan kisah antara seorang pemuda bernama Shamsul dengan seorang pak cik. Harap sama-sama dapat kita ambil iktibar dan pengajaran dari cerita tersebut.

Shamsul sedang dirundung masalah kewangan dan perhubungan sehinggakan dia merasakan putus asa untuk meneruskan hidup. Lalu, dia berjumpa dengan seorang pak cik dan menceritakan masalah yang dihadapinya.

Pak cik : Shamsul, kamu ambil segenggam kopi dan segelas air, lalu kamu kacaukan air itu perlahan-lahan dan kamu minum. Apa rasanya?

Shamsul : Pahitnya  pakcik.. L
Oleh disebabkan tidak tahan rasa pahit kopi itu, Shamsul membuang air yang pahit itu.

Pak cik : Baiklah, sekarang mari kita ke telaga sana.

(sesudah sampai di telaga)

Pak cik : Sekarang, kamu ambil segenggam kopi, lalu kamu taburkan di telaga. Kamu kacau, sehingga timbul riak air, lalu kamu minum air telaga itu. Apa rasanya?

Shamsul : Sedap pak cik… J

Pakcik : Shamsul, kamu tak rasa ke kopi yang pahit itu?

Shamsul : Tak rasa pahit pun pakcik.

Pakcik :
Shamsul, betapa pahit pun kehidupan kita sama seperti segenggam kopi yang kamu minum tadi. Kepahitannya bergantung pada bekas yang meletakkannya. Ia menjadi sangat pahit apabila kamu minum didalam gelas yang kecil itu, dan menjadi sedap apabila kamu minum di dalam telaga.
Anggaplah kopi itu sebagai masalah kita. Kita tidak boleh mengecilkan masalah tetapi, kita boleh besarkan hati dan jiwa agar kita tidak terlalu merasai kepahitan dalam menghadapi masalah.
Seringkali kita mempersoalkan, mengapa aku yang di uji ya Allah? Hinakah aku?. Berhentilah daripada mempersoalkan mengapa. Hal ini kerana,

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


-Surah Al-Baqarah ayat 286

Dan percayalah…

Allah SWT telah berfirman dalam surat Al-Insyirah 5-6 :

karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”.

Sekarang ini, cuba kita ambil contoh ultraman. Lihat saja ultraman, apabila hendak berlawan dengan raksasa yang besar, ultraman itu akan membesarkan dirinya untuk berlawan dengan raksasa.  Jadilah seperti ultraman yang bersaiz kecil, membesarkan dirinya untuk melawan raksasa yang besar. Besarkan hati anda dalam menerima masalah,jangan besarkan masalah lalu memandang masalah sebagai masalah sehinggakan mengganggu  kehidupan seharian kita.


p/s- maaf ya rakan-rakan andai gaya penulisan Jenni tidak berapa baik. Jenni tidak mampu nak salin bulat-bulat apa yang Jenni dengar (menerusi IKIM.FM-SLOT MOTIVASI PAGI) sebab Jenni memang bukan orang yang boleh menyalin dengan laju tapi Jenni ambil isi-isi penting dan Jenni olah dengan gaya tersendiri. Segala teguran dan kritikan membina Jenni sangat alu-alukan untuk pembaikan pada masa hadapan. Jenni masih baru lagi dalam dunia blogging ni, dan Jenni akui penulisan Jenni masih lagi perlukan kemajuan. Semoga kita dapat sama-sama berkongsi perkara-perkara yang baik.

FIGHTING!!! DON’T GIVE UP!!!J
SEKIAN SAHAJA..
NOTA HATI JENNI..