Monday 20 February 2012

JANGAN BERSEDIH MENGHADAPI MASALAH :)

Assalam,apa khabar semua? Hari ini Jenni nak kongsi dengan sahabat semua satu kisah motivasi. Kisah motivasi ini yang Jenni sempat salin sementara tunggu KTM ke UKM isnin lepas.

Kehidupan kita memang tak lari dari dibendung masalah-masalah, sama ada masalah kewangan, masalah perhubungan dan pelbagai masalah yang lain-lain. Ironinya, kebanyakan kita lebih memikirkan masalah daripada cuba mencari jalan penyelesaiannya.

Berikut merupakan kisah antara seorang pemuda bernama Shamsul dengan seorang pak cik. Harap sama-sama dapat kita ambil iktibar dan pengajaran dari cerita tersebut.

Shamsul sedang dirundung masalah kewangan dan perhubungan sehinggakan dia merasakan putus asa untuk meneruskan hidup. Lalu, dia berjumpa dengan seorang pak cik dan menceritakan masalah yang dihadapinya.

Pak cik : Shamsul, kamu ambil segenggam kopi dan segelas air, lalu kamu kacaukan air itu perlahan-lahan dan kamu minum. Apa rasanya?

Shamsul : Pahitnya  pakcik.. L
Oleh disebabkan tidak tahan rasa pahit kopi itu, Shamsul membuang air yang pahit itu.

Pak cik : Baiklah, sekarang mari kita ke telaga sana.

(sesudah sampai di telaga)

Pak cik : Sekarang, kamu ambil segenggam kopi, lalu kamu taburkan di telaga. Kamu kacau, sehingga timbul riak air, lalu kamu minum air telaga itu. Apa rasanya?

Shamsul : Sedap pak cik… J

Pakcik : Shamsul, kamu tak rasa ke kopi yang pahit itu?

Shamsul : Tak rasa pahit pun pakcik.

Pakcik :
Shamsul, betapa pahit pun kehidupan kita sama seperti segenggam kopi yang kamu minum tadi. Kepahitannya bergantung pada bekas yang meletakkannya. Ia menjadi sangat pahit apabila kamu minum didalam gelas yang kecil itu, dan menjadi sedap apabila kamu minum di dalam telaga.
Anggaplah kopi itu sebagai masalah kita. Kita tidak boleh mengecilkan masalah tetapi, kita boleh besarkan hati dan jiwa agar kita tidak terlalu merasai kepahitan dalam menghadapi masalah.
Seringkali kita mempersoalkan, mengapa aku yang di uji ya Allah? Hinakah aku?. Berhentilah daripada mempersoalkan mengapa. Hal ini kerana,

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


-Surah Al-Baqarah ayat 286

Dan percayalah…

Allah SWT telah berfirman dalam surat Al-Insyirah 5-6 :

karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”.

Sekarang ini, cuba kita ambil contoh ultraman. Lihat saja ultraman, apabila hendak berlawan dengan raksasa yang besar, ultraman itu akan membesarkan dirinya untuk berlawan dengan raksasa.  Jadilah seperti ultraman yang bersaiz kecil, membesarkan dirinya untuk melawan raksasa yang besar. Besarkan hati anda dalam menerima masalah,jangan besarkan masalah lalu memandang masalah sebagai masalah sehinggakan mengganggu  kehidupan seharian kita.


p/s- maaf ya rakan-rakan andai gaya penulisan Jenni tidak berapa baik. Jenni tidak mampu nak salin bulat-bulat apa yang Jenni dengar (menerusi IKIM.FM-SLOT MOTIVASI PAGI) sebab Jenni memang bukan orang yang boleh menyalin dengan laju tapi Jenni ambil isi-isi penting dan Jenni olah dengan gaya tersendiri. Segala teguran dan kritikan membina Jenni sangat alu-alukan untuk pembaikan pada masa hadapan. Jenni masih baru lagi dalam dunia blogging ni, dan Jenni akui penulisan Jenni masih lagi perlukan kemajuan. Semoga kita dapat sama-sama berkongsi perkara-perkara yang baik.

FIGHTING!!! DON’T GIVE UP!!!J
SEKIAN SAHAJA..
NOTA HATI JENNI..

2 comments:

  1. entry yg bagus :) teruskan berblogging ;)

    ReplyDelete
  2. terima kasih henry :) saya masih baru lagi..diharap mutu dan kualiti penulisan saya akan bertambah baik di masa hadapan :) support sy ok :)

    ReplyDelete