Monday 2 July 2012

KISAH SEEKOR ANAK BURUNG



Hi, assalam semua…apa khabar?. Seperti biasa hari ini Jenni akan berkongsi slot motivasi yang sempat Jenni salin pagi ini (3bulan lepas) menerusi slot motivasi pagi ikim fm. tapi Jenni minta maaf terlebih dahulu kerana Jenni tak mampu nak salin bulat-bulat, yang hanya Jenni terdaya ambil isi-isi pentingnya dan Jenni olah dengan gaya Jenni yang tersendiri. Maaf andai gaya bahasa yang Jenni pakai kurang menarik kerana Jenni masih lagi dalam proses pembelajaran untuk menulis dengan baik. Sebarang teguran dan kritikan membina, Jenni dahulukan dengan ucapan terima kasih.J

Tajuk pada hari ini adalah cukup menarik. Ia seolah-olah memberi semangat baru pada Jenni untuk lebih berusaha menggapai cinta-cita Jenni. Ramai orang ingin berjaya, tapi terlalu takut untuk menempuh risiko dalam kehidupan lalu membiarkan dirinya sendiri berada dalam takuk yang sama iaitu serba mundur dan kurang berjaya berbanding orang lain. Hidup ini merupakan pilihan ye rakan-rakan, sama ada mahu berjaya atau tidak bergantung pada pilihan kita bukan ditangan orang lain.

Mari kita sama-sama menghayati kisah seekor anak burung. 

Terdapat sekumpulan anak burung, semua anak burung sibuk belajar terbang ke sana ke mari kecuali seekor anak burung ini. Dikalangan adik beradiknya semua belajar terbang dari satu dahan ke satu dahan kecuali anak burung itu kerana dia terlalu takut andai dia akan jatuh dan menyebabkan kecederaan. Hidupnya sepenuhnya bergantung pada belas kasihan ibu dan adik-beradiknya.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, emak burung itu sudah pun tua manakala adik-beradiknya yang lain sudah mampu terbang jauh ke langit. sayap burung itu kaku ekoran tidak pernah digunakan untuk terbang. Hal ini menimbulkan rasa sedih di hati anak burung tersebut. Lalu anak burung tersebut meluahkan isi hatinya kepada ibunya.

Anak burung : ibu, kenapa saya tidak boleh terbang seperti adik beradik yang lain?

Emak burung : wahai anakku, sebenarnya kamu boleh terbang seperti adik beradik mu yang lain Cuma kamu yang tidak mahu memilih untuk terbang. Sedangkan kamu dilahirkan sempurna sama seperti adik beradik mu yang lain. Tetapi sedari kamu kecil, kamu terlalu takut untuk belajar terbang. Ini lah yang menyebabkan kepak kamu kecil dan tidak mengembang.

anak burung itu menyedari kesilapannya yang terlalu takut untuk terbang. 

Baiklah, rakan-rakan sekalian …
Apa yang rakan-rakan boleh rumuskan pengajaran disebalik kisah anak burung ini?

Hidup ini adalah pilihan. Kitalah yang berhak memilih sama ada untuk bahagia atau tidak bahagia, maju atau mundur, segalanya ditangan kita. Lihat sahaja anak burung itu, oleh kerana dia terlalu bergantung hidup pada emaknya dan terlalu takut untuk belajar terbang dari satu dahan ke dahan lain menyebabkan dia tidak boleh terbang. Begitu jugalah dengan kehidupan kita rakan-rakan, adakalanya kita terlalu mengecilkan diri kita, rendah diri tidak bertempat, berjiwa kecil sehingga menjadikan kita tidak maju atau berada di puncak kejayaan. Kejayaan itu tidak datang bergolek tapi harus disusuli dengan momentum usaha yang tinggi. Hidup ini merupakan pilihan rakan-rakan sekalian, jika kita memilih untuk merendah diri, tidak mahu berusaha maka tidak hairan lah kita masih lagi berada di takuk yang sama.

mari kita meneladani. Ludwig Von Beethoven, beliau merupakan salah seorang komposer terkenal dalam sejarah dunia. sepanjang menjalani karier sebagai komposer, beliau   telah kehilangan pendengaran, namun begitu, Beethoven tidak menjadikan dirinya eksklusif, beliau juga membuktikan meskipun beliau tidak mempunyai pendengaran tapi beliau masih mampu menghasilkan muzik yang indah sehingga menjadi tokoh muzik yang terkenal di dunia.


sekian :)

No comments:

Post a Comment