Sunday 4 August 2013

KERJA KE..SAMBUNG BELAJAR?

Assalam dan hai semua :) selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya yang bakal kita raikan lagi 3hari lagi. dah lama rasanya jenni xmenulis blog disebabkan kekangan masa dan idea. alhamdulillah setelah setahun setengah bergelumang dengan assignment, presentation dan projek master, alhamdulillah pada bulan oktober ini jenni akan bergraduasi. :)

entri kali ini, bertajuk kerja ke sambung belajar? ha, entri ni sangat la bersesuaian bagi adik-adik ( eh jenni dah tua ke) yang masih lagi keliru sama ada ingin menyabung pelajaran master , PHD ataupun bekerja.

perkara yang penting jika ingin sambung belajar.

1) KEWANGAN

 - nak sambung belajar memang perlukan duit yang banyak dik. yuran, makan, penempatan dan lain- lain.
okay, di sini jenni kongsikan serba sikit biasiswa yang ada untuk master dan PHD.


MASTER
PHD
COURSEWORK
-          My Brain ( hanya cover yuran sahaja)

-          JPA  ( pointer degree mestilah 3.75 ke atas)

-          TPM (tenaga pengajar muda Uitm)

(mungkin ada yang lain, tapi jarang saya temui)



Tiada PHD coursework
(kalau ada boleh jadi gila :P)
RESEARCH
-grant
-fellowship
-my brain
Dan banyak lagi


jadi nampak tak, kalau kita buat research lebih banyak peluang untuk dapatkan penajaan berbanding buat secara coursework...ada pro dan cons , bergantung pada apa yg kita suka.. macam entri sebelum ni ,mazni ada kongsikan pengalaman coursework.. 

tentang biasiswa dulu, jenni ambil my brain jadinya hanya cover yuran. memang perit jugala..yuran kolej yang rm900tu tak termasuk photostat semua..memang habis duit simpanan..dan cara jenni dan rumate jenni (dia nak kumpul duit nak kawin) berjimat adalah masak dalam bilik asrama ( xboleh sebenarnya! ) ..beli sayur kubis tu tahan sebulan masak la hari-hari tumis kubis dengan lauk ikan bilis sambal dan telur rebus..senang mudah.. sepanjang satu sem.duit kami mmg jimat banyak :) bagi jenni asal makan.. :) 

2) MINAT

- ha... kalau duit banyak pun minat tiada, tak boleh buat apa pun. pastikan ada hati nak sambung belajar.