Monday 2 July 2012

PENGALAMAN COURSEWORK



Assalam dan selamat pagi, hari ni jenni nak kongsikan pengalaman jenni sebagai pelajar sarjana kimia (coursework) di ukm, Selangor berdasarkan permintaan beberapa junior yang baru sahaja atau sedang menduduki peperiksaan akhir semester. Masing-masing tercari-cari hala tuju selepas tamat belajar nanti.

Ada yang memilih untuk sambung belajar dan ada juga yang memilih untuk bekerja. Syabas diucapkan kepada adik2x sekalian kerana telah pun membuat pilihan yang bersesuaian dengan keadaan adik adik semua.

Entri sebelum ni, jenni ada menceritakan mengenai perbezaan antara master coursework and research.
Kali ini jenni akan menceritakan pengalaman jenni sebagai pelajar master jurusan coursework. (Jenni belum siap thesis dan lab work lagi L)

Masa mula-mula jenni membuat keputusan untuk memilih coursework kimia, dalam fikiran jenni, coursework mesti senang..ala macam degree ada fyp.. senang2x dalam setahun dapat master..itu la fikiran jenni pada mula2xnya ditambah pula jadual waktu yang lebih lapang daripada zaman degree, siap jenni rancang nak jadi tutor dan demonstrator lab.

Xpercaya? Di bawah ni jadual jenni..

DAY
9.00-11.00
11.00-1.00
2.30-4.30
3.00-7.00
4.00-6.00
MON
STKK6313
Inorganic reaction mechanism
STKK6513
Organic Synthesis


Mandarin class
(pemahaman)
TUES
STKK6113
Quantum chemistry

STKK 6142
electrochemistry


WED




Mandarin class
(lisan)
THURS






FRI
STKK6713
Principle of analytical and instrumentation design
STKK6972
Research project 1

STPD 6014
Research methodology


Yang mandarin tu xwajib, Jenni sengaja ambil sebab suka belajar bahasa mandarin..tambah pengetahuan..

Nampak lapang kan? Tapi xsemudah itu..xseperti yang jenni fikir,
Coursework xsemudah itu… L

Banyak subjek, banyak assignment, dan perlu masuk lab, buat thesis…
Setiap subjek..akan ada dua lecturer, sorang lecturer akan mengajar pada awal sem sehingga cuti mid sem, dan disambung lecturer yang lain selepas cuti semester. Dan setiap lecturer kebiasaannya akan beri 3 assignment maximum.. baiklah mari kita mengira..

3 (assignment + mid term) X 2 (lecturers) = 6 assigment
6 (assignment) X 5 (subjek)                       = 30 assignment
X termasuk proposal , term paper, presentation dan lain lain..

Assignment peringkat master bukan macam degree bagi soalan jawab, xsemudah itu,,..perlu rujuk journal, buku buku tebal dan sebagainya.

Entri ni diadakan bukanlah untuk melemahkan semangat adik-adik, tetapi ingin menyeru adik2x untuk lebih bersedia dari sudut mental dan fizikal..nama pun setahun, jadi perlu struggle lebih untuk kejayaan di masa hadapan J

 Ada yang tanya, berkualiti ke ambil master by coursework?
Berbaloi atau tidak, bergantung pada diri kita sendiri…kalau buat assignment copy paste, meniru assignment orang lain memang la xdapat apa2x.. peringkat sarjana ni , lebih kepada belajar sendiri. Kalau ambil research pun, sekiranya tiada usaha nak tambah ilmu pun tidak berguna..apa pun bergantung pada kita okay J

Walaupun melalui waktu-waktu getir sepanjang mengikuti pengajian coursework ni, banyak perkara positif yang dipupuk dalam diri ini, antaranya,,
          1) Belajar secara group                                                                  
          2) Belajar lebih berdikari
          3) Jumpa dengan rakan dari pelbagai status dan umur  
          4) Lebih sungguh2x dalam melakukan sesuatu pekerjaan
          5)Meningkatkan keyakinan diri ( selalu sangat presentation)

Dan banyak lagi..

classmate tercinta :)

segala keputusan di tangan adik2x semua, jujur walaupun tension dengan assignment, tapi sangat enjoy melalui zaman-zaman study coursework ni,, ditambah pula dengan rakan-rakan yang baik dan saling bantu-membantu..kami sangat bersatu hati dalam melakukan apa -apa pekerjaan yang memerlukan kami bersama-sama...
  :)

sekian :)

60 comments:

  1. Bagi menjawab persoalan:
    "Ada yang tanya, berkualiti ke ambil master by coursework?"

    Saya selaku orang yang berpengalaman melaksanakan master dalam kedua-dua mode by research and by coursework, saya berpendapat bahawasanya ia sememangnya lebih berbaloi daripada by research kerana banyak ilmu-ilmu yang masih belum kita pelajari di peringkat sarjana muda, dapat kita pelajari di peringkat master by coursework dan daripada situ pengetahuan kita tentang ilmu kimia semakin bercambah sedangkan master by research hanya menumpukan pada tajuk penyelidikan yang dilakukan sahaja dan adakalanya perkara-perkara asas dalam kimia pun mereka telah lupakan sekiranya ia tidak berkaitan dengan penyelidikan yang dia jalankan, wallaahu`alam, ini hanya pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman sendiri dan pemerhatian terhadap pelajar kedua-dua mode pembelajaran...^_^"...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus che an :)
      untuk orang yang lemah basic kimia macam saya ni, memang sangat digalakkan sambung master by coursework... tq che an, 'cikgu' yang banyak membantu saya dalam memahami pembelajaran di peringkat master :) syukran ...

      Delete
  2. 2 2 pun ada pro n kontra.pandai2 la pilih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi, di sini saya cuma menceritakan..tentang pengalaman coursework saya :) hehe

      Delete
  3. salam, saye baru je register untuk sarjana kimia ni..bile bace entry jenni ni ..alamak! cam takut la pulak..tapi bila dah mula sesuatu kene habis kan bukan?hehe..nway just nak tanya agak2..kalau dapat tips2 exam dan kertas2 lame tu...blh hulur2 kan?amat berguna buat saya dan rakan2..sekarang ni pun tengah kumpul2 dengan senior..huhu...tq for a very informative entry..

    ReplyDelete
  4. Salam adik. terima kasih atas perkongsian. cuma saya ingin bertanya bagaimana dengan pelajar master part-time ye? kot2 adik tahu jadual mereka macam mana. juga tempoh belajar. terima kasih.

    ReplyDelete
  5. wassalam :) ,saya tiada pengalaman untuk master part time.. tapi selalunya waktunya lebih fleksibel..dan lebih lama mungkin 4semester...course apa, lokasi semua perlu di ambil kira..macam saya sains kimia..banyak kelas dan exam semua paper.. kawan saya sains sosial kelas sama banyak tapi exam cuma satu paper je..bergantung pada lecturer sebenarnya... macam saya ambil setahun master agak penat.. tapi alhamdulillah result ok..mungkin juga sbb saya single (belum ada komitmen) memudahkankan saya..tapi ada juga classmate saya yang telah berkahwin..mampu mencapai keputusan yg membanggakan :) pulun betul2x la..hehe.. pelan pelan kayuh :)

    ReplyDelete
  6. assalam...bakal juga sambung master di UKM tapi under course sains sosial... hurm..duk fikir nak full r part time.. sebab skrg telah bekerja..tapi bukanlah kerja yang boleh menjamin masa depan for5-10 yrs lagi nanti...so???hurm..actually nak sangat tahu kalau sis Jenni ada kawan2 yg dikenali under sains sosial kos sejarah malaysia at UKM...brpa lama kalau buat part r full tyme nye ye..boleh ke ye..huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam...sy pon berminat nk sambung master under social science tp xsure ukm ade x kos tu..tkot jgk nk sambung kot2 xleh follow dgn baik..huhu

      Delete
    2. salam kak jenni. sy baru habis degree in chemistry dan plan utk sambung master. sy ada banyak soalan nak tanyaa. can i contact u personally? through fb or email ke ?

      Delete
    3. salam kak jenni. sy baru habis degree in chemistry dan plan utk sambung master. sy ada banyak soalan nak tanyaa. can i contact u personally? through fb or email ke ?

      Delete
  7. salam kak jenni. tanx for the sharing!

    blh tak kak jenni kongsikan tentang financial and scholarship pulak?
    Saya ade terbaca blog lain yang ckp kalo coursework tak dapat duit elaun. :(
    then, mcm mane? if mintak scholarship mybrain mymaster die just cover for fees je kn?
    kak jenni ade amik scholarship lain ke?

    ReplyDelete
  8. A'laikum sis jenni, confirm sis sekarang dah habis master by coursework dkt ukm ni kan.sy otw nak pergi.coursework (fulltime) .
    In shaa Allah harap2 dapat >.< so nak tanya, sekarang sis dah kerja or sambung blajar lagi? agak bimbang akan ketentuan masa hadapan selepas coursework. tak ada clear picture nak jadi lecturer ke.nak sambung phD macam x nak dah sebab nak kerja nak cari duit pulak. nak dapat penjelasan jugak dari sis about financial macam Messy Life tanya tu. agak bimbang jugak dengan sara hidup di master nanti. Mohon penverahan.TQ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikussalam, shamimi..
      akak akan jawab satu persatu ye..
      1) scholarship
      -tentang scholarship, agak susah sedikit untuk dapat pembiayaan adik ,kalau coursework mmg susah.
      -ada my brain tapi cuma cover yuran pengajian sahaja. (hanya untuk course kritikal)
      -ada jpa, yang ni kene pointer degree 3.7 keatas
      -ada mara , yang ni kene cari sendiri dalam internet.
      -dalam universiti sendiri ada juga, slai, slab, zamalah, zakat, selebihnya tanya sendiri universiti tau.. :)

      2)kerjaya
      -sekarang akak kerja sebagai pegawai sains dekat jabataan kimia malaysia. :) tapi pakai result degree dik. jangan bimbang masa depan, memang susah nak cari kerja sekarang, yang penting kita perlu bersaing secara sihat.lebih menonjol dari orang lain. :)

      Delete
  9. salam jenni..hallo..saya nor..sy ada merancang nak buat master by course work.tp sy skrg sdg bekerja..tp rs mcm ilmu x cukup dan teringinn sgt nk smbg belajar..kalu sambung, sy igt nk amik coursework jgk, tp bila tgk jenni py schedule, mcm pack jer..bila masa sy nk ke class? bila ms sy nk keje? mmg mcm tu ker schedule die? kalau class sabtu ahad jer ada x?

    harap boleh dapat response..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam nor :). saya tumpang gembira awak nak sambung belajar :) . saya ambil full time sebab itu jadual saya agak padat. malah saya turut ambil mandarin sekadar minat saya sahaja, tak masuk pointer pun. kalau part time mungkin lebih ringan. jangan putus asa ya :)

      Delete
    2. salam jenni..saya nak tanya lah, kalau nak ambik master part time pon kena buat research ke?

      Delete
  10. nona hidayah, part time pun masih perlu buat research, bergantung pada apa yang awak ambil. research ke, coursework ke, :) . macam saya bidang sains, walaupun buat coursework perlu buat mini project ( research ) . part time pun masih perlu buat tau.

    ReplyDelete
  11. Salam..tahniah kerana berjaya graduate master. Waaa saya juga memilih untuk sambung master coursework. Insyaallah pada bulan februari ini. Agak takut banyak bila membaca post ini. Jelas peringkat master tidak sama seperti peringkat undergraduate. Please give me some tips on how you managed your study? Insyaallah akan membantu saya untuk lebih bersedia. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam mana juga bentuk assignments yang selalu di beri? Dengar2 banyak presentation pelajar harus sediakan? Terim kasih.

      Delete
    2. wassalam, terima kasih dan saya ucapkan syabas kepada cha kerana memilih untuk sambung master coursework. saya rasa saya bukanlah orang yang lawak untuk memberi tips belajar kerana saya bukanlah pelajar paling pandai. tapi saya akan kongsikan pengalaman saya kepada cha.

      pada semester pertama, saya mendapat pointer rendah bawah 3 , sehinggakan saya mendapat surat amaran gugur pengajian. Buat pengetahuan awak, master coursework mestilah harus maintain 3.00 pointer ke atas. bukanlah ingin membuka aib diri, tetapi hanya ingin berkongsi pengalaman diri untuk dijadikan iktibar awak.

      alhamdulillah, pada semester kedua, pointer saya melonjak tinggi lebih dari 3.5.

      cara pembelajaran pada semester satu
      1) tidak bersungguh-sungguh
      2) tidak mendapatkan nota mahupun past year paper daripada senior
      3) tidak fokus

      cara pembelajaran pada semester dua
      -vice versa :)

      -beranikan diri tanya senior tentang past years paper, mid term dan segala jenis. sebab kita pun kene tahu lecturer tu cemana. apa yang dia suka dalam presentation. ada sesetengah lecturer kurang gemar slide yang hitam putih ada pula yang gemar. Jadi, banyak2x kanlah bertanya pada senior :)

      Delete
    3. Terima kasih sbb kongsi pengalaman, ini pasti banyak membantu saya nanti. Insyaallah saya akan lebih bersedia! Neves juga nak sambung master ni, takut x t'angkat study, assignment, research dll. T.T

      Delete
    4. insyaAllah semuanya akan ok, doa moga tuhan permudahkan urusan :). jangan mudah give up. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian.

      Selalunya orang pandang rendah sedikit dengan master coursework ni, sebab pandangan sesetengah orang coursework ni hanya semata-mata masuk kelas sahaja. Jadi, semoga menjadi pembakar semangat cha, nasihat saya belajarlah sesuatu kerana sifat ingin tahu bukan semata-mata untuk lulus peperiksaan. :) habiskan la cuti dengan rehat2x dulu, nanti dah masuk master, tak cukup tidur pula ..hehehe okay, gurau, nanti tumpuan kena lebih. :)

      Delete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Salam.terima kasih for sharing ur experience.saya fail temuduga pegawai sains forensik under JKM. hati sy memang nak study. boleh tak share berapa fees and ada hostel tak?sbb sy dari sarawak. hurmmm.....kat sarawak semua master by research...untuk chemist....hukhkkk sedangkan sy nak belajar lebih mendalam tentang kimia....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bekerja kat jkm bintulu ni. :)
      X mengapalah fail , mungkin ITU bukan yang terbaik untuk nokneya. Allah lebih tahu Apa yang sesuai dengan nokneya. :)

      Setiap u berbeza nokneya. Mcm Ukm yuran dia, RM 1950 pada semester pertama dan sem seterusnya rm1500 kalau xsilap saya.
      Hostel sehari rm7 ..jadi dalam rm900 satu semester secara anggaran.

      Nokneya min at research atau coursework? Saya ada tulis mengenai perbezaan antara coursework Dan research..

      Delete
  14. as salam ,,saya berminaat untuk sambung master by cousework tp terleps permohonan ambilan januari , bila permohonan seterusnya dibuka? bagaiamana prosedure nya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, saya tak pasti. boleh rujuk laman web universiti yang berkenaan :)

      Delete
  15. Assalamualaikum sis, thank you for this post. It's very useful for me. I have some questions for you, while you were doing this coursework, did you work as tutor or lab demo in the same time? If we apply the mybrain, can we apply other scholarship in the same time so that it can cover other cost such as books and hostel? One last question, sorry this may be a little personal, how much did you spent your personal fund on this? I'm planning to apply chemisty coursework also, but for now I am trying to calculate how much that I need for master study. Btw this is my email aizababe@gmail.com. You can reply me there if you need too. Thanks a lot for your time :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, I dont have enough time for being a tutor or lab demo since our schedule is very pack but if you think that you can manage your time wisely, go ahead. But from my experience, if you want to finish your study within one year, I dont encourage you. About scholarship, I'm not sure. Personal funds?, sorry i did not aware about it. :) but I've been forced become mindful of my spending habits. :)

      Delete
  16. Salam..nk tnye skit..klu nk apply coursework kimia kt ukm nie, syrtnye nk pointer brpe ? Ps2 courseswork nie ad kne bt thesis n research jgk ke..2 thun kn(4 sem) ? Duk hostel ke..Jauh x dgn kuliah ?

    ReplyDelete
  17. Assalamu'alaikum. nak tanya, maaf... research experience itu macam mana ye? tetapi kalau sekiranya dahulu masa degree kita cuma ambil thesis, then but viva, itu dikira sebagai research experience ke? jazakillahu khoir.

    ReplyDelete
  18. Wonder if yuran UKM coursework still maintain mcm yg jenni katakan. Sbb tengah usha tengok coursework FST skrang ni. If sama mcm yg jenni tulis ni, rasa mcm nak smbg ukm je. Dah dpt tawaran usm tp, yuran mahal sgt. Tak mampu sgt rasanya. Plus kena duduk luar lagi.

    ReplyDelete
  19. Btw, berapa total yuran UKM tu semua? Itupun kalau jenni tak keberatan nak bagitau.

    ReplyDelete
  20. salam, nk tnya.. ad kbrangkalian yg tnggi untuk x lepas coursework ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada kebarangkalian kalau kita malas, xsiapkan asignment dan lain, semua bergantung pada mind set kita. banyakkan doa ya :)

      Delete
  21. salam sis...saya berhajat untuk smbung master...tetapi bidang berlainan...degree saya sekarang pendidikan sains kimia...jadi hajat untuk bertukar haluan ke bidang matematik (bukan pendidikan)...jika sis ada pengalaman dan jika tidak menjadi keberatan..boleh tak sis kongsi sedikit macamana dan bagaimana...

    ReplyDelete
  22. assalamualaikum sis. terima kasih untuk perkongsian. sangat berguna untuk saya. :) semoga Allah sentiasa beri yang terbaik utk sis.

    ReplyDelete
  23. Salam sis, nak tanya gred lulus untuk student master mcm mane ye. Gred b- lulus ke or fail..

    ReplyDelete
  24. Assalam sis.. nak tanya.. boleh tak further master dlm bidang yg berlainan dgn degree? saya skrg lg 3 sem tggal degree in tesl.. tapi plan nak further master dlm pendidikan bimbingan & kaunseling.. sbb sy minat kaunseling, selain drpd bahasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf sharifah, saya tiada pengetahuan tentang hal ini, boleh rujuk universiti yang dipohon :)

      Delete
  25. saya takut nk sambung..sebab takut mcam same je..sambung ke x samsbung..same dr segi boleh keje ke x???sy sbenarnye lame dh habis degree ..2013..lagi..tp smpai skrg..xde rezeki untuk kerje dlm bidg kimia ni..agak2..klu sambung...peluang untuk diterime sebagai chemist tinggi x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, sekarang jenni bekerja di Jabatan Kimia Malaysia yang memang bersesuaian dengan jenni, apa yang jenni nak sampaikan ini semua soal rezeki, yang penting usaha :). dulu jenni habis belajar degree Chemistry terus sambung master chemistry dalam masa yang sama jenni isi SPA. setelah dalam dua tahun belajar master terus jenni dapat kerja di jabatan kimia malaysia, alhamdulillah. Walaupun gaji dibayar ikut degree tetapi kita tak tahu akan datang mungkin degree dipandang setaraf SPM. Tak rugi sambung belajar ros :) , sekarang memang penjawatan xbanyak, masalah ekonomi. Jadi sekiranya ada peluang sambung belajar, sambung sahaja dalam masa sama isi SPA.

      Delete
    2. Jangan terlalu kecewa sekiranya pekerjaan yang dilalui ketika ini langsung tiada kaitan dengan chemistry, yang penting, rebut peluang. Zaman sekarang saya tak nafikan susah nak cari kerja. kalau ada master chemistry kerja di Bank pun kita tak rugi apa. sekurang-kurangnya kita ada bekalan. Kalau rose memang minat dengan research, sambung la..kalau x minat, cuba bidang lain dahulu :)

      Delete
    3. mungkin saya boleh kongsikan dengan rose dua kisah rakan saya..

      1) beliau 'menganggur dalam kimia' selama dua tahun dan bekerja di station minyak, setelah itu mendapat panggilan temuduga untuk SPA. Ramai yang terkejut dia dapat, sebab dia average student. Tapi dia sangat meyakinkan penemuduga. Selalukan orang cakap kalau yang dapat kerja ni sebab pandai cakap la apa la, memang penting untuk ada skill'pandai cakap' sebba bila bekerja kita berdepan dengn pelbagai jenis ragam manusia, disitu social skill sangat tinggi. Saya perasan rakan saya tu bila kerja di station minyak, dia bergaul dengan manusia pelbagai ragam dan meningkatkan soft skill dia.

      2) seorang rakan juga kerja di station minyak, sekarang ni bekerja sebagai dengan petronas jawatan tetap. dia pun pointer 2.5-3.0 macam tu, pelajar biasa-biasa tapi sebab dia usaha, baca buku mengenai petronas, dia pun perform masa interview.

      masa yang ada ni, boleh bina soft skills.

      Delete
  26. Salam kak, gaji pekerja yang ada lulusan master coursework dengan master research sama ke? ke tak sama?TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yang sama, ada yang lebih tinggi. Selalunya kalau masuk bidang pendidikan gaji master. Tapi macam akak ni kerja kat jabatan kimia malaysia gaji sama sahaja. :)

      Delete
  27. salam kak jeni..minggu dpn saya akan menyambung master dalam pendidikan pengajaran bahasa melayu..tak dinafikan saya rasa keliru dan tertanya-tanya akan keputusan yang diambil.. saya keliru tentang adakah saya boleh mendapatkan pekerjaan selepas master nanti.. sedangkan sekarang pun begitu banyak persaingan apatah lagi untuk 2 tahun akan datang.. memang masalah ini sering membuatkan saya sering bertanya kepada Allah benarkah keputusan yang saya ambil ni.. adakalanya saya rasa mau mengalah tapi im trying to positivekan myself...siapa tau kemungkinan yang akan dtg 2 thn nnt.. tapi saya tetap memikirkan tentang hal ini walaupun rmi yang menasihati spy tidak berfikir terlalu negatif tentang soal kerja sbb tu rezeki.. ada yang suruh saya sambung je..dan rezeki tu belakang cerita..semua ini buat saya gundah gulana.. sama ada mau teruskan atau pun kerja dulu.. walaupun agak mustahil untuk mendapatkan pekerjaan dalam bidang yang sebenarnya tidak meluas pun peluang pekerjaan tu.

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum kak jenni...sy nak tanya boleh ke kalo kite sambung master coursework n kalo ade rezeki nanti nak smbg phD ...Layak ke smbg phD tuh sbb kte buat master coursework??or yg amik mix research + coursework n fully research shj yg layak smbug phD tuh???

    ReplyDelete
  29. Selamat sejahtera.
    Nak tanya course ni dlm BM ke BI?

    ReplyDelete
  30. Salam kak jeni. Berapa ye syarat kelayakan cgpa menima untuk ke master coursework kimia ukm ni ?

    ReplyDelete
  31. Salam kak jeni. Berapa ye syarat kelayakan cgpa menima untuk ke master coursework kimia ukm ni ?

    ReplyDelete
  32. salam. nak tanya ada tak master coursework by part time kat ukm ni?

    ReplyDelete
  33. Salam kak Jenni. Nanti saya Ada interview pegawai sains Di jabatan kimia Malaysia. Kak Jenni blh x bg tips sikit utk interview Tu. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau apa yg degree awak buat... Semoga awak berjaya

      Delete
  34. kak jenni lab harian mcm buat experiment tu ada jgk ke masa master ni?

    ReplyDelete
  35. salam, nak tanya, saya sekarang sedang berkerja, ingin sambung master in chemistry part time?..ukm ada offer x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Better adik call ukm terus... Sebab jenni xpasti

      Delete