Friday 10 February 2012

Jangan mudah terpedaya dgn kata-kata orang

ASSALAM SEMUA :)


harini maz ada sedikit perkongsian,, tadi sementara maz tunggu KTM pagi tadi, maz pun buka la..radio..owh, baru maz ingat yang setiap isnin-jumaat ada slot motivasi kat radio ikim.fm pada pukul 7.30pagi.. tajuk hari ini sangat la menarik..iaitu tentang sikap sesetengah manusia yang terlalu percaya kata-kata orang lain tanpa menyelidik terlebih dahulu..maz ada sempat salin sikit..baca jangan tak baca..dan ambil iktibar disebalik cerita ini :)
sharing is caring :)



kita jangan menilai seseorang berdasarkan luaran..dan jangan mudah terpedaya dgn kata-kata orang..selidik dulu ok :) rujuk ayat al-quran…

Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.-ALHUJRAT AYAT 6                                    

KISAH 1

PENJUAL  IKAN DAN ORANG KAMPUNG

Orang kampung : wei , mat.. buat apa la..ko pasang label ikan.. orang tau la ni ikan
Ahmad : ok la.. xpayah pasang label

Selepas seminggu,
Orang kampung : wei, mat xpayah la letak nama kedai ikan..kan semua orang tahu ko jual ikan…
Ahmad: okla..aku xletak…

Selepas sebulan
Ahmad : kenapa tiada orang datang kedai aku?

Pengajaran : jangan terpedaya dengan luaran seseorang, apa saja berita yang diterima dan kritikan kita pegang pada prinsip Allah.. apabila menerima sesuatu berita selidik dulu sama ada ia memudahkan kita atau menyusahkan kita.




KISAH 2

PEMUDA DAN AYAM GORENG

Ada seorang pemuda membeli ayam goreng untuk dimakan bersama kekasihnya. Di bawah pohon yang rendang, ketika membuka kotak ayam goreng tersebut , pemuda itu terkejut dalam kotak ayam goreng tersebut terdapat wang sebanyak rm200 bukannya ayam goreng. Setelah itu, pemuda itu pulang semula ke kedai ayam goreng tersebut dan memulangkan wang sebanyak rm200.

Pemuda: pakcik, saya nak pulangkan duit rm 200… saya nak ayam goreng. Pakcik salah masukkan.

Pakcik: ya Allah masih ada lagi orang yang jujur di dunia ini.

Jadi pakcik mencadangkan untuk memanggil wartawan diatas kejujuran pemuda itu..

Pakcik: nak, tunggu sekejap pakcik nak panggil wartawan. Sungguh pakcik kagum dengan anak. Masih lagi ada manusia yang jujur didunia ni.

Namun begitu pemuda itu masih lagi berkeras.

Pemuda: pakcik, saya nak ayam goreng! Dengan nada marah.

Pakcik: anak, biarlah pakcik panggilkan wartawan, biar kisah kejujuran kamu ini menjadi tauladan semua orang.

Pemuda: pakcik, saya ni ada isteri kat rumah..kantoi la nanti kalau pakcik panggil wartawan.. yang saya sedang makan ayam goreng dengan kekasih saya.

Pengajaran: jangan menilai seseorang berdasarkan luaran dan jangan mudah terpedaya dengan kebaikan seseorang. 

Sumber : slot motivasi ikim fm

2 comments:

  1. hahaha.. fine... yg kisah 2 tu mcm lawak..

    tp sy masih amek tauladannya.. :)

    ReplyDelete
  2. yup, memang klakar... mula2x bila sy dengar kan...sy ingat..hurm baiknya lelaki ni..rupanya curang! patut la xnak rm200 tu :)

    ReplyDelete