Assalam dan selamat pagi, hari ni
jenni nak kongsikan pengalaman jenni sebagai pelajar sarjana kimia (coursework)
di ukm, Selangor berdasarkan permintaan beberapa junior yang baru sahaja atau
sedang menduduki peperiksaan akhir semester. Masing-masing tercari-cari hala tuju
selepas tamat belajar nanti.
Ada yang memilih untuk sambung
belajar dan ada juga yang memilih untuk bekerja. Syabas diucapkan kepada adik2x
sekalian kerana telah pun membuat pilihan yang bersesuaian dengan keadaan adik
adik semua.
Entri sebelum ni, jenni ada
menceritakan mengenai perbezaan antara master coursework and research.
Kali ini jenni akan menceritakan
pengalaman jenni sebagai pelajar master jurusan coursework. (Jenni belum siap
thesis dan lab work lagi L)
Masa mula-mula jenni membuat
keputusan untuk memilih coursework kimia, dalam fikiran jenni, coursework mesti
senang..ala macam degree ada fyp.. senang2x dalam setahun dapat master..itu la
fikiran jenni pada mula2xnya ditambah pula jadual waktu yang lebih lapang
daripada zaman degree, siap jenni rancang nak jadi tutor dan demonstrator lab.
Xpercaya? Di bawah ni jadual
jenni..
DAY
|
9.00-11.00
|
11.00-1.00
|
2.30-4.30
|
3.00-7.00
|
4.00-6.00
|
MON
|
STKK6313
Inorganic reaction mechanism
|
STKK6513
Organic Synthesis
|
|
|
Mandarin
class
(pemahaman)
|
TUES
|
STKK6113
Quantum chemistry
|
|
STKK 6142
electrochemistry
|
|
|
WED
|
|
|
|
|
Mandarin class
(lisan)
|
THURS
|
|
|
|
|
|
FRI
|
STKK6713
Principle of analytical and
instrumentation design
|
STKK6972
Research project 1
|
|
STPD 6014
Research methodology
|
|
Yang mandarin tu xwajib, Jenni
sengaja ambil sebab suka belajar bahasa mandarin..tambah pengetahuan..
Nampak lapang kan? Tapi xsemudah
itu..xseperti yang jenni fikir,
Coursework xsemudah itu… L
Banyak subjek, banyak assignment,
dan perlu masuk lab, buat thesis…
Setiap subjek..akan ada dua
lecturer, sorang lecturer akan mengajar pada awal sem sehingga cuti mid sem,
dan disambung lecturer yang lain selepas cuti semester. Dan setiap lecturer
kebiasaannya akan beri 3 assignment maximum.. baiklah mari kita mengira..
3 (assignment + mid term) X 2
(lecturers) = 6 assigment
6 (assignment) X 5 (subjek) = 30 assignment
X termasuk proposal , term paper,
presentation dan lain lain..
Assignment peringkat master bukan
macam degree bagi soalan jawab, xsemudah itu,,..perlu rujuk journal, buku buku
tebal dan sebagainya.
Entri ni diadakan bukanlah untuk
melemahkan semangat adik-adik, tetapi ingin menyeru adik2x untuk lebih bersedia
dari sudut mental dan fizikal..nama pun setahun, jadi perlu struggle lebih
untuk kejayaan di masa hadapan J
Ada yang tanya, berkualiti ke ambil master by
coursework?
Berbaloi atau tidak, bergantung
pada diri kita sendiri…kalau buat assignment copy paste, meniru assignment
orang lain memang la xdapat apa2x.. peringkat sarjana ni , lebih kepada belajar
sendiri. Kalau ambil research pun, sekiranya tiada usaha nak tambah ilmu pun
tidak berguna..apa pun bergantung pada kita okay J
Walaupun melalui waktu-waktu
getir sepanjang mengikuti pengajian coursework ni, banyak perkara positif yang
dipupuk dalam diri ini, antaranya,,
1) Belajar
secara group
2) Belajar
lebih berdikari
3) Jumpa
dengan rakan dari pelbagai status dan umur
4) Lebih
sungguh2x dalam melakukan sesuatu pekerjaan
5)Meningkatkan
keyakinan diri ( selalu sangat presentation)
Dan banyak lagi..
classmate tercinta :)
segala keputusan di tangan adik2x semua, jujur walaupun tension dengan assignment, tapi sangat enjoy melalui zaman-zaman study coursework ni,, ditambah pula dengan rakan-rakan yang baik dan saling bantu-membantu..kami sangat bersatu hati dalam melakukan apa -apa pekerjaan yang memerlukan kami bersama-sama...
:)
sekian :)